Model Assure
model Assure mengandungi enam langkah:
- analisis ciri pelajar
- nyatakan objektif
- pilih media dan bahan
- gunakan media dan bahan
- libatkan pelajar
- nilai dan semak semula media dan bahan
Analisis ciri pelajar
- Mengenal pasti ciri-ciri umum seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas dan taraf sosioekonomi
- Mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk dan pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar
Nyatakan objektif pembelajaran secara khusus
- Objektif mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks
- Penentuan objektif adalah berdasarkan peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati
Pilih media dan bahan
- Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai
Gunakan media dan bahan
- Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan masa pembelajaran yang diperlukan
- Kemudian, sediakan media dan bahan-bahan, alat-alat serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan
- Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar
- Sediakan pelajar. Contohnya set induksi atau nyatakan tujuan dan objektif pembelajaran
- Sediakan pengalaman pembelajaran
Libatkan pelajar
- Pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya.
- Aktiviti pengukuhan diberi serta-merta selepas pelajar memberi tindak balas yang betul
Nilai dan semak semula bahan
- Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang keberkesanan dan kekuatan bahan media itu hendaklah dijalankan secara menyeluruh.
- Dalam penilaian tersebut, soalan berikut hendaklah diambil perhatian:
- adakah objektif pembelajaran tercapai?
- adakah alat dan bahan yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran? Adakah semua pelajar menggunakan alat dan bahan yang digunakan dengan betul?
- Adakah suasana pembelajaran selesa
- adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi?
Contoh Aplikasi Model Assure:
- Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
- Kumpulan sasaran : Tahun 2
- Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat
- Menulis kata nama am dan kata nama khas dengan betul
- Membezakan antara kata nama am dan kata nama khas
Roda kata nama am dan kata nama khas
Latihan kata nama am dan kata nama khas

No comments:
Post a Comment