Pengenalan
Penggunaan laman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa di dunia dalam masa beberapa saat sahaja
Kepentingan membina laman web
- Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain
- Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet
- Boleh menjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama
- Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna
Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
- Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman web di mana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet.
- Tapak pembelajaran ini merupakan bahan bantu pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya.
- Tapak pembelajaran ini sering digunakan oleh guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalakankan
- Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada rancangan pengajaran harian

No comments:
Post a Comment