photo lamn_zps3a742c2e.png photo vccopycopy_zps4b9c1e9f.png photo vccopy2copy_zpsaeacc32c.png photo vccopy3copy_zpsbd8cb588.png photo vccopy4copy_zpsb9e6d85b.png

Menggunakan Bahan Audio dan Video untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Pengenalan

Memasukkan unsur video di dalam sesebuah persembahan multimedia merupakan salah satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat. Pelbagai teknik, kaedah serta teknologi boleh digunakan. 

Antaranya ialah seperti yang berikut:

  1. Secara terus dengan menggunakan video digital 
  2. Tetingkap video menayangkan video dari cakera laser atau pemain pita video
  3. Tetingkap video menayangkan siaran tv secara terus dengan bantuan kad digital video yang sesuai

Bentuk video

Analog  
  •  Video analog bukanlah sesuatu bentuk data yang dikenali oleh komputer. Ianya merupakan rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu turutan kerangkan yang dikodkan sebagai isyarat elektronik yang berterusan pada kadar yang tetap, iaitu kadar kerangka pada pita rakaman video

Digital
  • Video digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang mungkin dimampatkan


Audio

Audio merupakan bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. 

Audio berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa

Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan

Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan serta tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan


Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
Asas pemilihan bahan audiovisual perlulah memenuhi kriteria yang berikut:
  1. kandungan maklumat - bahan atau maklumat berkualiti yang ingin disampaikan
  2. kandungan/carrier - mengasingkan bahan fizikal (fizikal filem, cakera atau pita) dari karya, kandungan atau rakaman bagi memastikan kelangsungan hayat kandungan dan kehilangan maklumat yang paling minimum
  3. nilai estetika kandungannya - nilai audiovisual yang boleh menarik minat pengguna
  4. kualiti - kualiti iemj dan bunyi perlulah dijaga sebaik mungkin
  5. kelangsungan hayat -  bahan yang dibina mampu bertahan lama dan mudah dipelihara agar dapat diakses dalam jangka masa panjang
  6. pendokumentasian - pendokumentasian secara terperinci perlu dilakukan terhadap proses perolehan, penyimpanan, pemeliharaan dan pengaksesan bahan audiovisual


Prinsip pembinaan video pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu

1. Penggunaan elemen teks
  • Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. sekiranya teks kurang jelas, elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. hal ini bermakna teka ini penting dalam menyampaikan PdP
  • Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat
  • Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian
  • Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
  • Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran dan suasana persembahan
  • Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain

2. Penggunaan elemen grafik dan visual
  • Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penakanan dalam suatu proses penyampaian maklumat
  • Pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran
  • Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama
  • Kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas
  • Kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi
  • Gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah
  • Hanya maklumat penting yang diisi di dalam grafik ini






Terima kasih kerana berkunjung..Sila datang lagi

No comments:

Post a Comment