photo lamn_zps3a742c2e.png photo vccopycopy_zps4b9c1e9f.png photo vccopy2copy_zpsaeacc32c.png photo vccopy3copy_zpsbd8cb588.png photo vccopy4copy_zpsb9e6d85b.png

Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet


ETIKA KOMPUTER

  • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer dengan betul
  • Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat

MASALAH MORAL DAN ETIKA

Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku, iaitu:

1. Penggertak 
  • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan mengaut keuntungan
  • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan oleh orang lain untuk tujuan kemusnahan
2. Penyalahgunaan internet
  • Konsep 'langit terbuka' yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna internet terutamanya dalam kalangan remaja
3. Virus
  • Penyebaran virus boleh merosakkan sistem, data, perisian dan melumpuhkan rangkaian komputer
4. Hak cipta terpelihara
  • Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hak cipta. 
5. Perisian cetak rompak
  • Perisian cetak ropak ialah maklumat yang diperolehi tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara bertulis dan audio visual.

PRINSIP ETIKA KOMPUTER
  1. Keseimbangan
  2. Keizinan termaklum
  3. Keadilan 
  4. Meminimumkan risiko

PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER
  • Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain
  • Tidak mengganggu kerja orang lain
  • Tidak menceroboh masuk fail komputer lain
  • Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
  • Tidak menggunakan komputer untuk menipu
  • Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
  • Tidak menggunakkan sumber dari komputer yang lain tanpa kebenaran
  • Tidak mengambil hasil intelektual orang lan untuk diri sendiri
  • Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan
  • Menggunakan komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada orang lain




Terima kasih kerana berkunjung..Sila datang lagi

No comments:

Post a Comment