photo lamn_zps3a742c2e.png photo vccopycopy_zps4b9c1e9f.png photo vccopy2copy_zpsaeacc32c.png photo vccopy3copy_zpsbd8cb588.png photo vccopy4copy_zpsb9e6d85b.png

Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh didapati daripada internet. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan dan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya mata pelajaran bahasa Melayu.

Pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seperti yang berikut:

  • Bahan sastera
  • Bahan tatabahasa
  • Bahan bidang ilmu lain

Perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru sebelum memilih bahan:

1. Kewibawaan
  • Dinilai menerusi kewibwaan penulis atau pengendali laman web berkenaan
2. Ketepatan
  • Merujuk kepada tarikh, fakta dan maklumat yang mengiringi sesuatu bahan sumber itu sama ada telah ditulis dengan betul atau tidak
3. Kewajaran
  • Merujuk sama ada laman tersebut menggambarkan keadilan, penyataan pendapat yang seimbang, sederhana serta ketekalan maklumat yang dipaparkan
4. Sokongan
  • Kejelasan sumber rujukan yang telah digunakan oleh penulis bahan sumber tersebut

PEMILIHAN BAHAN SASTERA
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusasteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre sastera ialah kategori atau jenis karya sastera yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
  • Syair
  • Pantun
  • Seloka
  • Gurindam
  • Puisi
  • Cerita pendek

Menurut Awang Hashim, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusasteraan ialah:


Pemilihan bahan sastera juga mengambil kira aspek-aspek berikut:



PEMILIHAN BAHAN TATABAHASA

Tatabahasa merupakan bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahan. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. 

Antara jenis-jenis tatabahasa ialah:
  • Kata nama
  • Kata hubung
  • Kata kerja
  • Kata sendi nama
  • Kata nama khas

PEMILIHAN BAHAN BIDANG ILMU LAIN

Bidang ilmu lain adalah bahan seperti ilmu agama, Sains, Geografi, Matematik, Sejarah dan lain-lain. Contohnya seperti yang berikut:







Terima kasih kerana berkunjung..Sila datang lagi

No comments:

Post a Comment